Wednesday, November 7, 2012

Fail = Tak study. Betulke?

Omg,just knowing that i have only 6 weeks before final exam. :( I thought there are 2 months more to go. Seriously 6 weeks???? Oh mannn, I seriously have to burn the midnight oil.

 

Okay topic arini fail = tak study. Yeke macam nie? Mana hampa tau. Dulu kan, masa aku muda-muda dulu, aku ingat lagi cikgu mintak biodata sebab nak letak dekat papan pusat sumber tu. So aku pun memang sungguh-sungguh laa nak buat cantik-cantik ni. Boleh kata dalam 3 jam jugak la spend time untuk buat biodata jee. Then datang sekolah, bagi cikgu tu. Dia cakap padia tahu? ' Ehh kenapa buruk sangat??? Awak nie buatlahh cantik-cantik sikit. Tengok orang lain buat macam mana. Buat yg lain lah.' Like seriously, masa tu aku malu gila sebab tengah ada perjumpaan pengawas pusat sumber dekat situ. Dan semua orang tengok aku pulak tu, hareyy. Then aku macam give up nak buat balik. Bestfren aku yang tolong buatkan. Dia buat 10 minit camtu je. And pergi jumpa cikgu tu balik bagi biodata, then cikgu tu cakap 'Haa camni la. Baru cantikkkk.' Fine  T___T 

3 jam = Tak usaha
10 minit = Usaha

Fair huh? See. Concept tu same je dalam study. Kadang-kadang dah study lama dah, tapi tetap tak dapat nak buat. Ehh jangan salah paham pulak. Kalau hampa study lama dan berkualiti, aku berani kerat jari komfem boleh jawab exam. Tiap orang lain-lain tahap kefahaman dia, ada yg cepat tangkap, ada yg tak. So siapa yang lagi kenal diri sendiri? Kalau rasa kawan study sejam dah boleh cemerlang, tapi kita yang jenis susah nak pick up sikit ni, kita study la 2 jam. Sebenar-benarnya yang tak perform tu tak semestinya dorang tak study. Tapi yang perform tu komfem-komfem lah dorang study kan. heh


Monday, September 10, 2012

Versus by Hlovate

Siapa sini minat Hlovate? *angkat tangan* Yes aku memang minat Hlovate. Lepas aku kenal novel Hlovate ni, aku dah jarang baca novel-novel alaf 21. Aku suka gaya penulisan dia. Sempoi and nice.



First-first bukak novel ni,akan ada tulis.

Buat 'awak' yang mahu berubah.
Berubahlah walaupun payah.
Berubahlah ke arah hidup lebih mudah.
Hidup dan masa muda sekali cuma.
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?
May Allah bless.

And bout Minn dgn AO which is Ashraff Omar. Aku rase aku dah tulis sikit dulu. Malas lah nak tulis lagi. haha. Sweet lah sebab watak laki cool. Tak suka poyo-poyo. And like usual, watak pompuan dalam hlovate selalunya garang-garang, payah nak senyum. Cuma aku rase aA+bB dengan tunas lagi menarik. And bila ada part-part street tu, memang tak berapa paham lah kan. Skip je. haha. Antara conversation dalam novel tu. Minn nie mentor AO tuu.

"So..." Minn sekadar angkat bahu. "...where're u now?"
"Kat sini."
"Ha.Ha.Ha.' Sepatah-patah Minn ketawa tanpa perasaan sambil menjulingkan mata."Your project dah ada rough ideas?". Kening Minn terangkat sebelah.
"Err...I..." AO terkial-kial mencari kata. "You.. errrr.." "You tolong i brainstorming la. Payah la buat sengsorang. Tak dapat nak pusing. Beku je rasanya" Keluar jugak beban di kepala. Ustazah nie la... tengok orang macam nak telan!
"Mungkin boleh cuba tengok yg nie. Some of my projects yg dulu-dulu".
"Maybe boleh modify je." Mata AO bersinar-sinar.
"Over my dead body." Mata Minn mencerun.
"Hoo...joking..joking...."

Okay sampai sini saja. Nak tahu lagi dalam, kena lah beli buku dia okay? Jaga diri semua!

Saturday, August 11, 2012

USM Ohh USM

Hai korang. Fuhh legaa. Nak taw sebab apa? Sebab blog aku dah okay. Haritu ada masuk virus,but now dah okay. So korang tak yah lah risau if virus tu berjangkit kat blog korang pulaq. hehe

Ohh pasal tajuk kat atas nie. Pasal rayuan usm yg dah keluar tu.




Kos yang sama. Kalau lah dia keluar awal sikit, maybe aku akan pergi sana. Tapi takpelah takda rezeki. Yang ni pun aku apply lepas aku fail interview medic kat USM tu, so aku pikir why not try apply the same course nak tengok layak ke tak. Sebab result matrik macam baikk je, tapi upu dapat last choice kahkah. Lagipun aku dah bayar yuran untuk uitm puncak alam tu. Tak sabar + takut + risau. Semua ada. Nasib baik ada kawan yang dapat sana jugak. At least nanti takde lah homesick sangat. 

P/s : Wish me luck!

Monday, August 6, 2012

Mimpilah sampai ke bintang pun

Hello there. 
Pernah tak korang rasa asal semua macam tak kena je. Down semacam je.
Aku tahu result upu aritu bukan semua orang happy. Ada yangg sedih. So post kali ni untuk kawan-kawan yang tak dapat kos yang korang impi-impikan. Benda ni normal, bukan tiap mase kita dapat think positive. Lagi-lagi bila benda tu ada kaitan dengan masa depan. Aku pun agak tak boleh terima kenyataan bila mula-mula tengok result upu tu. Bukan sebab aku dapat kos pengimejan perubatan. But kenapa uitm? Kenapa tak dapat ukm dengan um kat atas tu? Pointer tak cukup bagus ke? Aku bukan mintak medic pun. Why why?! 
See. Aku pun tak positive sepanjang masa. Tapi bila aku pikir-pikir balik. At least aku dapat apa yg aku nak. Cuma tempat je. So not a big deal pun. Belajar mana-mana pun kalau semangat tu kuat, insyaAllah boleh berjaya.

So friends, yang memang tak dapat kos yang korang mintak tu.. I dont want you pursue your study just because there is no other choice. Instead, doing it as you believe you will succeed one day. Jangan set mind kau awal-awal 'aku tak boleh buat, dah habis belajar nanti aku tak tahu bidang nie ke arah apa pun, nak kerja apa'. Takpe, jangan risau. Bak kata ayah aku, kerja tu rezeki, menuntut ilmu tu wajib.


“Dan manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya. Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan kepadanya. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. Dan sesungguhnya kepada tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu.”
[An Najm, 39-42]

Allah's promise is the truth and whose word can be truer than Allah? Maybe ada orang pikir kau ni mesti sambung belajar pastu tak kemana pun. Just because people think that way, doesn't mean it will happen that way sayang. Actually you are not giving up because of their words, but because of your mind. You already think you can't do that. You wont get anything by learning that. Kau tak yakin dgn diri kau sendiri. Kau tak percaya pun kat diri kau. So what else? Failure is born at the moment you decide to give up. You wont fail if you believe you wont. 
Things get wrong as they sometimes will. You want to smile but you feel tired. Just rest,but dont quit. You can never tell how close you are. It maybe near when it seems afar. You never know that tomorrow might be YOURS.


P/s : Have faith in yourself. And you'll be amazad by what you can accomplish.

Thursday, July 26, 2012

Upgrade.

A competitive world offers two possibilities. You can lose. Or, if you want to win, you can change.If you don’t like something, change it. If you can’t change it, change your attitude.  



Assalamualaikum semua. 
So amende yang upgrade ni? Study ke attitude ke teknologi ke iman ke?
Senang cite macam ni laa. I am talking about all these things. Sebab? Sebab semua tu berkaitan. Macam adik beradik tapi tak sama bapak dengan mak. Cuba pikir, if kita upgrade study tapi tak upgrade iman. Then kita study tu untung dunia jela. Belum tentu ilmu tu sempat bawak akhirat. Alih-alih dah lupa pun apa yg belajar semester lepas kan. And if kita upgarde iman, selalunya attitude pun akan ikut upgrade sekali. See.

Maybe kita tak sedar betapa beruntungnya kita dapat berbuka and sahur dgn rezeki yg banyak  gilaaa plus keadaan negara pun aman damai jee. Aku terbaca kat facebook tadi dan mungkin korang pun dah lama baca. Aku je yang ketinggalan.  

'Mufti Arab Saudi menangis bila disoal rakyat Somalia 'Adakah puasa saya diterima jika tiada sahur dan berbuka?'

How do you feel when you read this? If there is no a single feeling in your heart, then there is a problem with your iman. Takpe, people were created to be imperfect and tends to make mistakes. And of course mistakes weaken our iman. Upgrade.

Fitrah manusia ni, kadang-kadang tetibe je rasa macam sunyi and terusik hati kan? Read His words to calm your heart. Look at those peoples around you and think that they will all die one day. They leave. And for sure we will join them. Dead. So be alert in every action. When we do remember Him in all we do, insyaAllah He will take care of us.

" When any group of men remember Allah, angels surround them and mercy covers them, tranquility descends upon them, and Allah mentions them to those who are with Him. " (Muslim)





P/s : Saying all these things bukan maknanya aku baik. Marilah kita ambik ibrah sama-sama. 

Saturday, July 21, 2012

Medical Imaging tu pasal tengkorak je ke?

Bulan puasa dah start. Sikit lagi raya pulak. Lepastu daftar u. Ahhhhh malasnya. 
Okay hari ni nak cerita sikit pasal kos yg aku BAKAL ambik nie. Sikit jela tapi. Pengimejan perubatan atau dalam bahasa lainnya medical imaging. Korang tak rasa ke macam tergeliat lidah bila nak sebut 'pengimejan' tu?

Aku pun tak lah tahu banyak sangat kan sebab tak start pun study lagi. But based on what I have read and kawan aku pun ade ambik diploma kos ni, aku rasa kos ni boleh pergi inshAllah. Disebabkan kawan aku asyik membebel pasal kos ni kat aku, aku pun tertarik lah jugak. Tu yg apply balik even dah tolak time dapat diploma dulu. hehe

If patient accident, jatuh, sakit-sakit badan or watever, dorang kena jumpa radiographer. Sebab apa? Sebab sebelum buat apa-apa operation atau analysis, doktor kena tahu dan tengok dulu bahagian mane yang injured dekat gambar xray. Bahagian mane yang patah dan perlu handle cautiosly dan bahagian mana yg dorang nak bedah. Ramai yg cakap kos nie bahaya lah, jangan ambik bla bla bla. Sebab kononnya ramai yg ambik kos ni susah nak hamil sebab banyak terdedah dgn radiasi. Benarkah begitu? Tapi aku percaya setiap bidang tu if ada bahaya,komfem ada safety precautionnya. Tak tertulis pulak dalam surat tawaran tu, 'Jika anda ingin mengikuti program ijazah ini, besar kemungkinan anda tidak dapat melahirkan anak kelak. Kekeke  
Here are some pictures yang aku curik dari pakcik google. Ayuh tengok sih. 


Dapat rasakan penangan biology di situ kan

Macam serabut je nak baca bendalah ni. =='

Ini ultrasound. Bukan setakat nak tengok development baby, nak tengok liver or any abdominal organs pun boleh.

Mesin mri nie sangat famous. Yes no radiation, only magnet.

Ops. Gambar mcm nie takde dlm bidang ni eh :P

So korang mesti dah ada idea sikit kan bidang ni pasal apa. Sebenarnya aku tulis nie sebab nak menaikkan semangat aku untuk study nanti. huhu. Puncak alam dgn Shah alam tu jauh ke eh? Maklum lah aku penah pergi sana 3 4 kali je kot. Sebab rumah sedara kat sane. Tu pun idak jugak tahu rumah dorang kat area mana. ==' 

 P/s : Boleh tengok newer post dekat Medical Imaging dah famous rupanya dan Bachelor of Medical Imaging

Friday, July 13, 2012

UPU Result

Assalamualaikum semua.. :)
Upu result dah pun keluar hari nie.. And alhamdulilah i got what is the best for me. How bout you guys?


Seems like i failed the medic interview at USM rite? hee. *sokey,selamat kepale aku dari botak kan.*
Congrats to all. Ada yang happy ada yang tak. Ada yg dapat kos yg dia nak, ada yg dpt kos yg dia tak apply pun. Biasalah tu, lumrah. As long as you don't give it up, insyaAllah there's will be a road for you to success. And I believe He who knows most, knows the best for me. Here are some informations about the Pengimejan Perubatan. InsyaAllah pakar X-ray going to be. Cabaran cabaran. 

P/s : Pray for my best. Dan kekawan yg ada kat Selangor tu, nantikan kedatangan aku okay!

Wednesday, June 27, 2012

The road not taken


Kalau lahh..

1. Stay kat smka azlan tu.

Apa jadi agak ye eh? Maybe aku tak sejahat ni kot kekeke. Tak ponteng kelas, siap sume homework bagai. *Padahal tabiat tak buat homework tu memang semulajadi pun* But seriously, I have no regrets at all. Aku dapat ustaz dan ustazah yang sangat fun sampai aku minat arab. Cikgu-cikgu yang sedia tolong and tak garang. Dapat kawan-kawan yang understanding and tak sombong. And aku jugak dapat buktikan kat orang yang tanya 'Awak rasa kalau awak masuk sys, awak boley dapat straight a ke pmr nanti?'. Terima kasih. Sebab soalan tu sangat meresap dalam hati, jadi aku dapat buktikan yang tak kiralah kat mana kita belajar,as long as ada usaha, boleh je dpt result best-best

2. Terima tawaran mrsm

Sebenarnya memang tak ada niat pun nak masuk. Ayah suruh apply sebab nak tengok layak ke tidak. If dapat tolak lah. Apply main-main gitu. But if aku terima maybe result spm lebih bagus kot. Maybe jela. Boleh jadi makin teruk. Dalam semua result exam, spm memang paling mengecewakan lah. Salah sendiri pun sebab leka sangat. But tetap tiada penyesalan di situ. Sebab aku tak ready lagi masuk asrama. Ye aku tak puas lagi nak duduk bawah ketiak mak bapak. Jelez lettew :P

3. Pilih unisza bukan matrik

Ohh, agak tak dapat dibayangkan. Jauh kot. Kat terengganu. Aku dok matrik pun, mak ayak aku datang tiap-tiap minggu. Repeat, tiap-tiap minggu datang bawak nasi lauk bagai okay. But you know what? Kos yang aku dapat, which is radiografi kat sana aku apply balik sekarang. But bukan kat unisza lah. U lain. Even aku tak brape happy kat matrik mcm aku happy kat sekolah, but still there are some experiences which I appreciate them so much. Bila aku sakit, roomates aku jaga aku. Kawan-kawan datang lawat kat bilik tanya 'kau dah ok ke fida?'. Terharu. Tapi maaf lah tak pelawa pun korang minum air bagai sebab bilik aku takde apape. Sungguh. Tak tipu. Dalam loker aku memang sangat jarang ade makanan sebab aku laju je habiskan hahaha. Dapat kenal kawan-kawan baru. Cuma aku perlukan masa untuk rapat dgn orang. 10 bulan tak cukup untuk buat prangai gila-gila dgn budak-budak kelas. Kecuali roomates. Tu bukan setakat gila-gila, itu tenat sudaa hahaha. Rindu korang :) Tujuan aku pilih matrik pun sbb nak tebus balik result spm tu. Alhamdulilah dapat ditebus.

Semua jalan yg aku dah pilih,alhamdulilah Dia mempermudahkan segala urusan.


Wednesday, June 13, 2012

Tujuh Keajaiban Dunia

Piramida Mesir
Piramid ni sangat besar dan tinggi ok. Agak misteri sebab piramid ni dibina tanpa teknologi macam zaman sekarang. Kalau ikut kajian, piramid ni dibina dengan tanah liat yang dileburkan dan mengambil masa kira-kira 30 tahun untuk siap. Whoaa dasyat kan. Dan boleh nampak jelas patung Sphinx disitu. Sphinx? Separuh manusia dan separuh singa. Melambangkan kegagahan dan dikatakan menjaga piramida nie.
Firman Allah :
Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang Tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta.”
(QS. Al-Qashash: 38)

Candi Borobudur
Candi ni pernah jadi pusat pengembangan agama buddha pada zaman dulu. But then selepas berabad lamanya,candi ni terkena bekas abu letusan gunung berapi. So rumput dan semak belukar tumbuh atas batu-batu tu. Keadaan ni buatkan bangunan tu nampak pelik dan menakutkan. Then ada pihak yang membaikinya, dan tak kurang juga ada yang membawa balik patung-patung kat situ untuk tujuan peribadi.

Ka'bah
Ka'bah yang terletak di Mekah merupakan jantung bumi. Ka'bah ialah pusat tenaga,graviti dan sifar magnetism. Jadi apabila mengelilingi Ka'bah, diri ibarat dicharged oleh suatu tenaga misteri daripada alam sekitar. Fyi, gelombang radio tak boleh kesan kedudukan ka'bah taw. Tekanan graviti yang tinggi di sana memberi kesan kepada sistem imun badan untuk menghalang segala penyakit dan meningkatkan peredaran darah. 
Rasulullah SAW Bersabda :
Hajar Aswad itu diturunkan dari Syurga,warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adam lah yang menjadikannya hitam.

Menara Pisa
Terletak di Kota Pisa, Italy. Pembinaan menara nie dikatakan memakan masa 200 tahun. Pada mulanya menara nie tegak tetapi kemudian  ia condong ke arah tenggara. Sebab? Dikatakan sebab struktur tanah yg sangat lunak. Salah arkitek. Tetapi sebab kesalahan tu lah,menara ni jadi antara 7 keajaiban dunia. Fungsinya ialah menara loceng. Terdapat 7 loceng kat menara ni. 

Tembok Cina
Terletak di Beijing, ibu kota China. Dikenali sebagai Tembok Raksasa dan bertindak sebagai kubu pertahanan pada zaman dahulu kala. Panjangnya adalah sebanyak 6400km. *Jaw drops. Gila,naik kereta pun penat apatah lagi jalan. Tak sanggup tak sanggup.* Tembok ni kelihatan seperti naga besar yang sedang menyusur di pergunungan. Eh menyusur ke eh? Watever. Struktur tembok ni dapat dilihat dari bulan okay.

Taj Mahal
 
Terletak di Agra, India. Dibina atas keinginan Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal sebagai tanda cinta mereka. Wah romantiknya. hahaha

P/s : Ada orang cakap 7 Wonders of The World ni dah update,lain sikit dari yang atas ni. Entah la, you can check on google.  Anyway, all of these were so amazing! Ciptaan manusia. Tapi Allah yg mencipta manusia kan. Subhanallah.

Friday, June 8, 2012

Indahnya Hlovate

Assalamualaikum awak yang manis.

Well I am so boring these days. Bukak fb, nothing interesting. Kadang-kadang menyakitkan hati je.
Tengok handset senyap dua tiga macam. Bukak tv, entah apape lah ceritanya. 
Jadi di sini saya ingin membebel. Sila readykan telinga anda. :)

Now i want to introduce someone to you. I didn't really know her. She's too mysterious i think. 
Here she comes. HLOVATE. Have you ever heard of this name? Jika tidak maknanya ada bukanlah penggemar novel. Bagi aku Hlovate sangat pandai. Semua yang dia tulis ada fakta dan munasabahnya.
Novel-novel yang dia tulis bukan setakat cinta monyet jiwang karat bagai. Bukan macam novel-novel lain yang tak habis-habis dengan hero kerja syarikat besar and heroinnya miskin. Entah pahape. =='
Pendek kata,not just bout love,but bout life.

             
aA+bB
Sangat sempoii ok. Cukup untuk buat kau tergelak sorang-sorang macam orang baru daftar sakit jiwa. Doktor yang kahwin dengan engineer atas persetujuan keluarga. Satu sekolah and they hate each other. "Who says there's nothing more complicated than E=mc^2?There's sumthing much complicated. It's called emotion."

Tunas
Kisah ni sambungan dari aA+bB. Tapi masa dorang time sekolah. Kisah Benz and Addin berperang. 
Perang Dunia Ketiga.
"Akak nak bunga apa?Sebut aje."Lee menyambung."Bunga ros?Bunga matahari?Bunga Carnation?Bunga plastik?Bunga lawang?Bunga cengkih?"
"Tulip ada?"
"Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?"
"Benz,one red rose,full bloom,with baby's breath in a bouquet,please. Wrap with white organza. Pink ribbon." A-Cid memetik jari.
Benz memandang A-Cid dgn muka yg tak boleh dibaca. "The I-Love-You ensemble?"
Addin jatuh rahang bawah.The-what??

Rooftop Rant
Lontarkan kalau tidak ia beracun.Kongsikan walau hanya pada awan-awan.Hidup tak selalunya lawa,tak selalunya ada pelangi.Kalau nak kata a bed of roses pun,duri-durinya tetap ada.Kadang-kadang bilamana malapetaka itu datang,terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo.
Novel ni takde kaitan dengan aA+bB and Tunas. Totally a different story bout Jade and Trisy.
Novel ilmiah yang memberi motivasi dan perspektif yg tersendiri mengenai hidup.


Versus
Novel ni mengenai perubahan diri. Perubahan untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Kisah tentang Ashraf Omar yang kerek,poyo,buat rambut cacak-cacak dan bajet hensem dengan Min yang telahpun berubah daripada dengar lagu-lagu barat yang lagha kepada lagu-lagu nasyid dalam bahasa inggeris.
Bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah. Dari tepi jalanan ke sujud menghadap Allah. Namun kekuatan perlu dicari bukan ditunggu. Doa tu wireless dan coverage dia masuk satu universe.

Contengan Jalanan
Novel ni ada 2 bahagian. Kena baca yang Fend dulu baru baca yang K2 tu. Kira 2 dalam 1 la kan, save duet woo. Kisah tentang kesibukan dunia,tak hiraukan solat ngaji dan sebagainya. Tetapi mereka diberi peluang oleh Allah untuk mencari erti kehidupan yg sebenar.
A man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.

Okay itu saja. Memang cukup panjang aku membebel kan? So bila ade duit tu beli lah hlovate. Ada lagi novel-novel dia. 5 tahun 5 bulan, Gurindam jiwa, Pelangi. Trust me, you wont regret it. Hlovate bukan sekadar cinta manusia semata, tapi cinta pada pencipta dan mengajar kita memandang hidup nie dari sudut yang berbeza. So motivated and inspired. All the best and be happy. :)

Tuesday, May 8, 2012

Last a lifetime

We all have our time machine...some take us forward, they're called dreams...some take us back, they're called memories...our head may be small, but we dont forget...They are as full of memories as the sky may sometimes be full of swarming bees....They remind us who we are....

Tadika .
Aku masuk tadika time umur aku 5 tahun sebab mak cakap nanti senang, dah paham banyak...
Time tadika aku ni lain sikit. If budak perempuan lain main tanah liat, anak patung, aku pulaq tolong buatkan senapang untuk budak laki main perang-perang. hehe. And aku ingat lagi aku penah tolak sorang budak perempuan ni sampai berdarah kepala dia and kena bawak pergi hospital. Sungguhla aku tak ada niat huhu

Sekolah Rendah .


Ohh ini zaman yang paling best sekali. Tak pikir pun lagi nak dapat result bagus, tak pikir pun lagi cintan cintun bagai. Pergi sekolah pun sebab nak jumpa kawan-kawan nak main.

Time ni, otak aku sangat cepat pasal Math. Aku ingat lagi cikgu buat kuiz, and aku dapat jawab hampir ke semua soalan... Sebab syaratnya, 'sape cepat angkat tangan lepastu jawab'... Bahagia sungguh.. :)

Sekolah Menengah .


Sekolah menengah bagi aku paling rumit sekali sebab berkali-kali aku tuka sekolah. Mula-mula masuk hostel, but then aku tak tahan and teriak serupa takde hari esok so ayah pun pindahkan ke sekolah harian. Bila dah pindah, aku tak suka sekolah tuu..sebab ari first pun dah kena denda. Alasannya sebab aku tak pakai baju pj. Masalahnya aku baru daftar haritu mane lah nak dapat jadual lg? ==' Even aku dah explain, cikgu disiplin tu tetap tak nak dengar and berkeras nak denda aku.. Sungguh lah aku tak bersalah...huhu


Then masuk sekolah lain lagi. Ya ini sekolah aku sampai fom 5. Aku happy masuk sana sebab hari first pun aku dah dapat ramai kawan. Di sini zaman kegemilangan math aku dah pun lenyap, sebab dah boleh pakai kalkulator. Makanya bila exam, 16+1 pun kena tekan kalkulator sebab tak confident =='


Form 1 sampai form 3 aku still seorang pelajar yang baik. Mungkin terkejut tengok laki ramai sangat. Nak pergi mane-mane pun tunduk je...takot, segan. But start form 4, tanduk pun dah mula keluar. Ponteng kelas memang selalu. Aku tak paham pun subjek science start form 4. Aku hafal je, without understand the concept. Tu pasal tak pernah-pernah dapat A. Aku selalu tidur dalam kelas. Berape kali entah terkantoi. Cikgu addmath tetiba gelak kat depan sebab aku dah tersengguk-sengguk kat meja lepastu cikgu kimia sampai tegur 'afida afida, selamat pagi!' Allahu malu tak terkata.


Matrikulasi .

Ohh ni zaman kegemilangan tidur hehe. Satu masalah aku kat matrik, aku tak boleh focus bila student ramai sangat and cikgunya sorang...yes time kuliah! Sungguh lah kuliah aku selama 10 bulan tu burn macam tu je aku rasa. Even lecturer dah habis mengaja bab tu, kadang-kadang aku tak tahu pun title bab tu apa? ==' Focus aku dlm lecture boleh bertahan 10 minit yang pertama je and then aku lost tak kira lah mcm mane pun aku cuba...huhu. Aku bergantung sepenuhnya dalam kelas tutorial and discussion dengan kawan-kawan.


One day, aku akan rindu semua ni..tu pasal aku tulis balik... :)And memandangkan aku sangat banyak masa and tak de keje, jadi entry ni pun tetiba jadi panjang. hehe. Orait itu saja... See next time ya!