Wednesday, June 27, 2012

The road not taken


Kalau lahh..

1. Stay kat smka azlan tu.

Apa jadi agak ye eh? Maybe aku tak sejahat ni kot kekeke. Tak ponteng kelas, siap sume homework bagai. *Padahal tabiat tak buat homework tu memang semulajadi pun* But seriously, I have no regrets at all. Aku dapat ustaz dan ustazah yang sangat fun sampai aku minat arab. Cikgu-cikgu yang sedia tolong and tak garang. Dapat kawan-kawan yang understanding and tak sombong. And aku jugak dapat buktikan kat orang yang tanya 'Awak rasa kalau awak masuk sys, awak boley dapat straight a ke pmr nanti?'. Terima kasih. Sebab soalan tu sangat meresap dalam hati, jadi aku dapat buktikan yang tak kiralah kat mana kita belajar,as long as ada usaha, boleh je dpt result best-best

2. Terima tawaran mrsm

Sebenarnya memang tak ada niat pun nak masuk. Ayah suruh apply sebab nak tengok layak ke tidak. If dapat tolak lah. Apply main-main gitu. But if aku terima maybe result spm lebih bagus kot. Maybe jela. Boleh jadi makin teruk. Dalam semua result exam, spm memang paling mengecewakan lah. Salah sendiri pun sebab leka sangat. But tetap tiada penyesalan di situ. Sebab aku tak ready lagi masuk asrama. Ye aku tak puas lagi nak duduk bawah ketiak mak bapak. Jelez lettew :P

3. Pilih unisza bukan matrik

Ohh, agak tak dapat dibayangkan. Jauh kot. Kat terengganu. Aku dok matrik pun, mak ayak aku datang tiap-tiap minggu. Repeat, tiap-tiap minggu datang bawak nasi lauk bagai okay. But you know what? Kos yang aku dapat, which is radiografi kat sana aku apply balik sekarang. But bukan kat unisza lah. U lain. Even aku tak brape happy kat matrik mcm aku happy kat sekolah, but still there are some experiences which I appreciate them so much. Bila aku sakit, roomates aku jaga aku. Kawan-kawan datang lawat kat bilik tanya 'kau dah ok ke fida?'. Terharu. Tapi maaf lah tak pelawa pun korang minum air bagai sebab bilik aku takde apape. Sungguh. Tak tipu. Dalam loker aku memang sangat jarang ade makanan sebab aku laju je habiskan hahaha. Dapat kenal kawan-kawan baru. Cuma aku perlukan masa untuk rapat dgn orang. 10 bulan tak cukup untuk buat prangai gila-gila dgn budak-budak kelas. Kecuali roomates. Tu bukan setakat gila-gila, itu tenat sudaa hahaha. Rindu korang :) Tujuan aku pilih matrik pun sbb nak tebus balik result spm tu. Alhamdulilah dapat ditebus.

Semua jalan yg aku dah pilih,alhamdulilah Dia mempermudahkan segala urusan.


Wednesday, June 13, 2012

Tujuh Keajaiban Dunia

Piramida Mesir
Piramid ni sangat besar dan tinggi ok. Agak misteri sebab piramid ni dibina tanpa teknologi macam zaman sekarang. Kalau ikut kajian, piramid ni dibina dengan tanah liat yang dileburkan dan mengambil masa kira-kira 30 tahun untuk siap. Whoaa dasyat kan. Dan boleh nampak jelas patung Sphinx disitu. Sphinx? Separuh manusia dan separuh singa. Melambangkan kegagahan dan dikatakan menjaga piramida nie.
Firman Allah :
Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang Tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta.”
(QS. Al-Qashash: 38)

Candi Borobudur
Candi ni pernah jadi pusat pengembangan agama buddha pada zaman dulu. But then selepas berabad lamanya,candi ni terkena bekas abu letusan gunung berapi. So rumput dan semak belukar tumbuh atas batu-batu tu. Keadaan ni buatkan bangunan tu nampak pelik dan menakutkan. Then ada pihak yang membaikinya, dan tak kurang juga ada yang membawa balik patung-patung kat situ untuk tujuan peribadi.

Ka'bah
Ka'bah yang terletak di Mekah merupakan jantung bumi. Ka'bah ialah pusat tenaga,graviti dan sifar magnetism. Jadi apabila mengelilingi Ka'bah, diri ibarat dicharged oleh suatu tenaga misteri daripada alam sekitar. Fyi, gelombang radio tak boleh kesan kedudukan ka'bah taw. Tekanan graviti yang tinggi di sana memberi kesan kepada sistem imun badan untuk menghalang segala penyakit dan meningkatkan peredaran darah. 
Rasulullah SAW Bersabda :
Hajar Aswad itu diturunkan dari Syurga,warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adam lah yang menjadikannya hitam.

Menara Pisa
Terletak di Kota Pisa, Italy. Pembinaan menara nie dikatakan memakan masa 200 tahun. Pada mulanya menara nie tegak tetapi kemudian  ia condong ke arah tenggara. Sebab? Dikatakan sebab struktur tanah yg sangat lunak. Salah arkitek. Tetapi sebab kesalahan tu lah,menara ni jadi antara 7 keajaiban dunia. Fungsinya ialah menara loceng. Terdapat 7 loceng kat menara ni. 

Tembok Cina
Terletak di Beijing, ibu kota China. Dikenali sebagai Tembok Raksasa dan bertindak sebagai kubu pertahanan pada zaman dahulu kala. Panjangnya adalah sebanyak 6400km. *Jaw drops. Gila,naik kereta pun penat apatah lagi jalan. Tak sanggup tak sanggup.* Tembok ni kelihatan seperti naga besar yang sedang menyusur di pergunungan. Eh menyusur ke eh? Watever. Struktur tembok ni dapat dilihat dari bulan okay.

Taj Mahal
 
Terletak di Agra, India. Dibina atas keinginan Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal sebagai tanda cinta mereka. Wah romantiknya. hahaha

P/s : Ada orang cakap 7 Wonders of The World ni dah update,lain sikit dari yang atas ni. Entah la, you can check on google.  Anyway, all of these were so amazing! Ciptaan manusia. Tapi Allah yg mencipta manusia kan. Subhanallah.

Friday, June 8, 2012

Indahnya Hlovate

Assalamualaikum awak yang manis.

Well I am so boring these days. Bukak fb, nothing interesting. Kadang-kadang menyakitkan hati je.
Tengok handset senyap dua tiga macam. Bukak tv, entah apape lah ceritanya. 
Jadi di sini saya ingin membebel. Sila readykan telinga anda. :)

Now i want to introduce someone to you. I didn't really know her. She's too mysterious i think. 
Here she comes. HLOVATE. Have you ever heard of this name? Jika tidak maknanya ada bukanlah penggemar novel. Bagi aku Hlovate sangat pandai. Semua yang dia tulis ada fakta dan munasabahnya.
Novel-novel yang dia tulis bukan setakat cinta monyet jiwang karat bagai. Bukan macam novel-novel lain yang tak habis-habis dengan hero kerja syarikat besar and heroinnya miskin. Entah pahape. =='
Pendek kata,not just bout love,but bout life.

             
aA+bB
Sangat sempoii ok. Cukup untuk buat kau tergelak sorang-sorang macam orang baru daftar sakit jiwa. Doktor yang kahwin dengan engineer atas persetujuan keluarga. Satu sekolah and they hate each other. "Who says there's nothing more complicated than E=mc^2?There's sumthing much complicated. It's called emotion."

Tunas
Kisah ni sambungan dari aA+bB. Tapi masa dorang time sekolah. Kisah Benz and Addin berperang. 
Perang Dunia Ketiga.
"Akak nak bunga apa?Sebut aje."Lee menyambung."Bunga ros?Bunga matahari?Bunga Carnation?Bunga plastik?Bunga lawang?Bunga cengkih?"
"Tulip ada?"
"Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?"
"Benz,one red rose,full bloom,with baby's breath in a bouquet,please. Wrap with white organza. Pink ribbon." A-Cid memetik jari.
Benz memandang A-Cid dgn muka yg tak boleh dibaca. "The I-Love-You ensemble?"
Addin jatuh rahang bawah.The-what??

Rooftop Rant
Lontarkan kalau tidak ia beracun.Kongsikan walau hanya pada awan-awan.Hidup tak selalunya lawa,tak selalunya ada pelangi.Kalau nak kata a bed of roses pun,duri-durinya tetap ada.Kadang-kadang bilamana malapetaka itu datang,terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo.
Novel ni takde kaitan dengan aA+bB and Tunas. Totally a different story bout Jade and Trisy.
Novel ilmiah yang memberi motivasi dan perspektif yg tersendiri mengenai hidup.


Versus
Novel ni mengenai perubahan diri. Perubahan untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Kisah tentang Ashraf Omar yang kerek,poyo,buat rambut cacak-cacak dan bajet hensem dengan Min yang telahpun berubah daripada dengar lagu-lagu barat yang lagha kepada lagu-lagu nasyid dalam bahasa inggeris.
Bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah. Dari tepi jalanan ke sujud menghadap Allah. Namun kekuatan perlu dicari bukan ditunggu. Doa tu wireless dan coverage dia masuk satu universe.

Contengan Jalanan
Novel ni ada 2 bahagian. Kena baca yang Fend dulu baru baca yang K2 tu. Kira 2 dalam 1 la kan, save duet woo. Kisah tentang kesibukan dunia,tak hiraukan solat ngaji dan sebagainya. Tetapi mereka diberi peluang oleh Allah untuk mencari erti kehidupan yg sebenar.
A man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.

Okay itu saja. Memang cukup panjang aku membebel kan? So bila ade duit tu beli lah hlovate. Ada lagi novel-novel dia. 5 tahun 5 bulan, Gurindam jiwa, Pelangi. Trust me, you wont regret it. Hlovate bukan sekadar cinta manusia semata, tapi cinta pada pencipta dan mengajar kita memandang hidup nie dari sudut yang berbeza. So motivated and inspired. All the best and be happy. :)