Wednesday, June 27, 2012

The road not taken


Kalau lahh..

1. Stay kat smka azlan tu.

Apa jadi agak ye eh? Maybe aku tak sejahat ni kot kekeke. Tak ponteng kelas, siap sume homework bagai. *Padahal tabiat tak buat homework tu memang semulajadi pun* But seriously, I have no regrets at all. Aku dapat ustaz dan ustazah yang sangat fun sampai aku minat arab. Cikgu-cikgu yang sedia tolong and tak garang. Dapat kawan-kawan yang understanding and tak sombong. And aku jugak dapat buktikan kat orang yang tanya 'Awak rasa kalau awak masuk sys, awak boley dapat straight a ke pmr nanti?'. Terima kasih. Sebab soalan tu sangat meresap dalam hati, jadi aku dapat buktikan yang tak kiralah kat mana kita belajar,as long as ada usaha, boleh je dpt result best-best

2. Terima tawaran mrsm

Sebenarnya memang tak ada niat pun nak masuk. Ayah suruh apply sebab nak tengok layak ke tidak. If dapat tolak lah. Apply main-main gitu. But if aku terima maybe result spm lebih bagus kot. Maybe jela. Boleh jadi makin teruk. Dalam semua result exam, spm memang paling mengecewakan lah. Salah sendiri pun sebab leka sangat. But tetap tiada penyesalan di situ. Sebab aku tak ready lagi masuk asrama. Ye aku tak puas lagi nak duduk bawah ketiak mak bapak. Jelez lettew :P

3. Pilih unisza bukan matrik

Ohh, agak tak dapat dibayangkan. Jauh kot. Kat terengganu. Aku dok matrik pun, mak ayak aku datang tiap-tiap minggu. Repeat, tiap-tiap minggu datang bawak nasi lauk bagai okay. But you know what? Kos yang aku dapat, which is radiografi kat sana aku apply balik sekarang. But bukan kat unisza lah. U lain. Even aku tak brape happy kat matrik mcm aku happy kat sekolah, but still there are some experiences which I appreciate them so much. Bila aku sakit, roomates aku jaga aku. Kawan-kawan datang lawat kat bilik tanya 'kau dah ok ke fida?'. Terharu. Tapi maaf lah tak pelawa pun korang minum air bagai sebab bilik aku takde apape. Sungguh. Tak tipu. Dalam loker aku memang sangat jarang ade makanan sebab aku laju je habiskan hahaha. Dapat kenal kawan-kawan baru. Cuma aku perlukan masa untuk rapat dgn orang. 10 bulan tak cukup untuk buat prangai gila-gila dgn budak-budak kelas. Kecuali roomates. Tu bukan setakat gila-gila, itu tenat sudaa hahaha. Rindu korang :) Tujuan aku pilih matrik pun sbb nak tebus balik result spm tu. Alhamdulilah dapat ditebus.

Semua jalan yg aku dah pilih,alhamdulilah Dia mempermudahkan segala urusan.


6 comments:

  1. memula tgk tajuk, akk ingtkan nak cte sal poem time sekolah dl..haha..btw, akk pnh dgr org kata KALAU itu permainan syaitan. Wallahu A'lam, Apepun fida bersyukur before penutup entry ini. and akk rase itulah yang sepatutnya.. hehe.. nice entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnks kak atas opinion..
      sje buat tajuk gempak. hii

      Delete
  2. radiografi..
    and now pun ak apply kos tu kat ukm n uitgm.

    ReplyDelete
  3. wah... bdk pandai nie.. study hard! :)

    ReplyDelete

Bebel lah sekali. hee