Sunday, July 28, 2013

Lajunya Ramadhan.

Hari ni dah 18 Ramadhan. Cepat kan? Tetiba rasa macam ehh result dah nak keluar dah? HAHAHAHAHA. 
Okay okay tukar topik.

Bila mana manusia manusia yang ada kat bumi Malaysia ni sibuk dengan persiapan masing-masing, tak kira lah persiapan raya ke persiapan malam Laila ke. Yang pasti masing-masing sibuk dengan hal sendiri lahh. Mungkin kita lupa ada orang yang tak dapat nak sibuk macam yang kita sibuk-sibukkan tu. Eh kenapa macam complicated sangat ayat ni? haha. 

Ok sambung.

Sebenarnya korang paham je kan apa yang nak disampaikan. Saja buat blurrrr. Maksudnya, mungkin ada orang yang tak dapat nak buat persiapan raya sebab masalah kewangan. Mungkin dia pakai baju raya yang lepas-lepas? Mungkin jugak berbuka dengan sejenis juadah dengan air kosong? Kalau nak banding dengan kita. Kalau tengok lauk-pauk kat rumahh, bukan main penuh meja. Tapi bila berbuka air je yang habis, yang makanan sape tah nak makan bebanyak sangat ni?!




Banyakkan sedekah. Punya lahh berganda-ganda pahala sedekah bulan Ramadhan nie. Kumpul duit bebanyak bulan lain, haa kena sedekah time bulan nie lah. Baru untung! Amboii macam memaksa. haha. Takde lah, niat ikhlas lillah. Mana tahu Ramadhan terakhir. Mana tahu.


Ramai saudara-saudara kita yang susah kat luar sana. Kirimkan doa untuk mereka. Jangan nanti bilamana Allah tanya "Apa yang kamu buat bila tahu saudara-saudara kamu dalam kesusahan?" Diam. Tak tahu nak jawab apa. Sebab memang tak buat apa-apa. Doa tu senjata orang mukmin. Kalau Allah kata Kun Fayakun, sekelip mata je musuh-musuh Islam nie boleh tumpas. Tak boleh nak halang dah. Jangan risau. Doa tu wireless and coverage dia masuk satu universe. Ingat?



'Peluang yg ada dalam hidup nie mcm kereta api. Perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat, makan asap.'

No comments:

Post a Comment

Bebel lah sekali. hee