Monday, January 26, 2015

Pilih skincare secara bijak

Dekat pasaran sekarang, dah macam ada lambakan skincare, produk kecantikan, ubat kurus dan sis visit my ig. Sampai pening nak pakai yang mana satu sebab semua benda pun testimoni bukan main gempak wa cakap lu. Lepas dah acah-acah berminat dan beli satu skincare ni, pooff janji untuk mendapat kulit yang flawless bukan setakat tinggal janji, malahan kulit muka kau pun dah jadi macam fungus dalam cerita Barbie. Kalau tak kenal padan muka, sape suruh tak tengok Barbie.

Yang ni kira bertuah la sebab kesan dia tak teruk *smirk*

Benda-benda macam ni selalu jadi dekat orang yang suka tukar-tukar skincare dan tak tahan godaan je, contohnya afida shaharuddin. Selagi tak jadi dekat diri sendiri, mana nak sedar. Biasalah manusia.. Punca utamanya tak dapat dikenal pasti sama ada sebab pakai dua produk yang lain dalam satu masa, atau stop satu produk ni secara mengejut. Atau mungkin sebab tiba-tiba gatal consume vitamin C. Atau mungkin jugak environment hospital yang kotor sebab masa tu tengah praktikal. Atau mungkin jugak penat dan cuaca panas sangat. Hah pilih la sendiri mana yang suka sebab aku dah malas nak figure it out -.-

Then one day, why dont we go green go natural choose organics. So, pakai la organics produk dengan harapan kulit mulus seperti pelakon-pelakon Thailand. Testimoni pun bukan main berderet masuk hari-hari. Lepas tu pooffff *nangis bucu katil*, bukan nak cakap organics produk tak elok, tapi ada skin yang tak sesuai pakai oil-based skincare. Bukannya heal, jadi lagi teruk ada lah. Arakiannya, satu sem menjadi agak nightmare sebab orang asyik tegur awat muka hang ni, awat jadi lagu ni hang pakai padia, apa kata hang cuba produk yang ni. Amboihh *lap peluh*

Tak nak sebut atau salahkan mana-mana produk sebab memang satu-satu benda tu, bukan semua orang yang sesuai. Kalau pakai satu ni muka hang jadi teruk mengalahkan makcik jual karipap belakang rumah, tapi ada yang pakai jadi macam Emma maembong. Ask for ingredients ask for kkm or gmp lagi-lagi produk yang makan, just to make sure the effect tak teruk di masa depan nanti. Benda yang aku belajar bila jadi macam ni,

  • Jangan campur-campur produk. Jangan campur produk organic dan tak organic. Ini penting, sebab memang boleh buat skin jadi lagi teruk.
  • Jangan guna terlalu banyak benda like pencuci muka, toner, krim siang, krim malam, moisturizer, serum, mask, dan apape jela. Make it simple, choose 2 or 3 yang basic, the most needed item. 
  • Wap muka dan pakai mask seminggu sekali
  • Kalau pencuci muka jenis keringkan kulit, jangan cuci muka kerap sangat. 2x kali sehari dah cukup. If muka jenis yang senang berminyak, pakai clay mask dan skrub seminggu sekali boleh kurangkan minyak. 
  • Any produk yang makan, tak kisah lah capsule atau serbuk, make sure you do drink A LOT of water. sebab produk-produk sedemikian selalunya nak buang toxic dalam badan. Kalau toxic tu tak dapat keluar as urine, dia keluar lah as pimple. KAHKAHKAH
Now alhamdulilah my skin is getting better, tak flawless but getting better. Dan yang bagusnya sekarang dah tak berani nak tukar-tukar produk dah, letaklah janji apa pun hahaha. So guys go find yours, which one is suitable and which one you can't use!

Nota kaki : Dulu segan nak cakap pasal skincare in public, tapi sebab benda ni benda biasa yang jadi sekarang, so takde hal la.

No comments:

Post a Comment

Bebel lah sekali. hee