Monday, February 2, 2015

DIY skrub oat

Siapa suka skrub muka dekat sini? *angkat tangan* Kalau suka, tapi macam malas dan tak tahu nak pakai skrub apa sebab berlambak sangat pilihan, cuba lah skrub oatmeal. tehee


Senang je okay. Beli apape brand oat dekat kedai, blend bagi halus sikit, simpan dalam bekas then tadaaaa. Dah boleh guna untuk skrub muka. Lagi senang dari korek hidung lels. Nak skrub hari-hari pun boleh, tapi sekali sehari cukup la. Kalau sampai dua kali, risau kulit kering pulak nanti. Lepas skrub, boleh basuh muka macam biasa dan kurangkan kuantiti pencuci muka sebab tadi dah cuci dengan skrub. Getchit? 
Okay nak share kebaikan oat dekat kulit, jangan tak tahu sekarang ada supplement nama beautyoat. Hah nak caya tak nak?
  • Sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.
  • Buang sel mati dan bersihkan pori-pori dengan berkesan
  • Kurangkan sunburn atau kemerahan pada kulit
  • Last but not least, mestilah boleh halus dan putihkan kulit muka chuollss

Aku dah cuba seminggu lebih, dan of course skrub oat ni setanding dengan skrub-skrub yang jual dekat kedai. Best okay *flip shawl* Boleh rasa skin less oily, which is good sebab susah jerawat nak keluar. Tapi jangan risau, dia tak keringkan kulit pun, dia rasa just nice gittew. Kalau kulit korang kering lepas skrub, guna air oat yang milky tu sahaja pun boleh jugak. Kalau korang rajin, tempeklah oat dekat muka buat mask seminggu sekali. Tapi aku tak buat pun, malas pulak nak kena tunggu-tunggu. Okay cukup sampai sini je, pergi cuba sendiri okay?

Nota kaki : Rajin tulis entry sebab baru buat nuffnang. tehee. Apa lagi, click lah iklan-iklan dekat sini.

2 comments:

  1. I think this is among the most important information for me.
    And i am glad reading your article. But wanna remark on few general things, The website style
    is great, the articles is really nice : D. Good job, cheers

    My web site CT limo

    ReplyDelete
  2. Hello there, just became aware of your blog through Google, and found that it's truly informative.
    I'm gonna watch out for brussels. I will appreciate if
    you continue this in future. Lots of people will be benefited
    from your writing. Cheers!

    Feel free to surf to my weblog; facebook

    ReplyDelete

Bebel lah sekali. hee