Sunday, July 28, 2013

Lajunya Ramadhan.

Hari ni dah 18 Ramadhan. Cepat kan? Tetiba rasa macam ehh result dah nak keluar dah? HAHAHAHAHA. 
Okay okay tukar topik.

Bila mana manusia manusia yang ada kat bumi Malaysia ni sibuk dengan persiapan masing-masing, tak kira lah persiapan raya ke persiapan malam Laila ke. Yang pasti masing-masing sibuk dengan hal sendiri lahh. Mungkin kita lupa ada orang yang tak dapat nak sibuk macam yang kita sibuk-sibukkan tu. Eh kenapa macam complicated sangat ayat ni? haha. 

Ok sambung.

Sebenarnya korang paham je kan apa yang nak disampaikan. Saja buat blurrrr. Maksudnya, mungkin ada orang yang tak dapat nak buat persiapan raya sebab masalah kewangan. Mungkin dia pakai baju raya yang lepas-lepas? Mungkin jugak berbuka dengan sejenis juadah dengan air kosong? Kalau nak banding dengan kita. Kalau tengok lauk-pauk kat rumahh, bukan main penuh meja. Tapi bila berbuka air je yang habis, yang makanan sape tah nak makan bebanyak sangat ni?!




Banyakkan sedekah. Punya lahh berganda-ganda pahala sedekah bulan Ramadhan nie. Kumpul duit bebanyak bulan lain, haa kena sedekah time bulan nie lah. Baru untung! Amboii macam memaksa. haha. Takde lah, niat ikhlas lillah. Mana tahu Ramadhan terakhir. Mana tahu.


Ramai saudara-saudara kita yang susah kat luar sana. Kirimkan doa untuk mereka. Jangan nanti bilamana Allah tanya "Apa yang kamu buat bila tahu saudara-saudara kamu dalam kesusahan?" Diam. Tak tahu nak jawab apa. Sebab memang tak buat apa-apa. Doa tu senjata orang mukmin. Kalau Allah kata Kun Fayakun, sekelip mata je musuh-musuh Islam nie boleh tumpas. Tak boleh nak halang dah. Jangan risau. Doa tu wireless and coverage dia masuk satu universe. Ingat?



'Peluang yg ada dalam hidup nie mcm kereta api. Perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat, makan asap.'

Wednesday, November 7, 2012

Fail = Tak study. Betulke?

Omg,just knowing that i have only 6 weeks before final exam. :( I thought there are 2 months more to go. Seriously 6 weeks???? Oh mannn, I seriously have to burn the midnight oil.

 

Okay topic arini fail = tak study. Yeke macam nie? Mana hampa tau. Dulu kan, masa aku muda-muda dulu, aku ingat lagi cikgu mintak biodata sebab nak letak dekat papan pusat sumber tu. So aku pun memang sungguh-sungguh laa nak buat cantik-cantik ni. Boleh kata dalam 3 jam jugak la spend time untuk buat biodata jee. Then datang sekolah, bagi cikgu tu. Dia cakap padia tahu? ' Ehh kenapa buruk sangat??? Awak nie buatlahh cantik-cantik sikit. Tengok orang lain buat macam mana. Buat yg lain lah.' Like seriously, masa tu aku malu gila sebab tengah ada perjumpaan pengawas pusat sumber dekat situ. Dan semua orang tengok aku pulak tu, hareyy. Then aku macam give up nak buat balik. Bestfren aku yang tolong buatkan. Dia buat 10 minit camtu je. And pergi jumpa cikgu tu balik bagi biodata, then cikgu tu cakap 'Haa camni la. Baru cantikkkk.' Fine  T___T 

3 jam = Tak usaha
10 minit = Usaha

Fair huh? See. Concept tu same je dalam study. Kadang-kadang dah study lama dah, tapi tetap tak dapat nak buat. Ehh jangan salah paham pulak. Kalau hampa study lama dan berkualiti, aku berani kerat jari komfem boleh jawab exam. Tiap orang lain-lain tahap kefahaman dia, ada yg cepat tangkap, ada yg tak. So siapa yang lagi kenal diri sendiri? Kalau rasa kawan study sejam dah boleh cemerlang, tapi kita yang jenis susah nak pick up sikit ni, kita study la 2 jam. Sebenar-benarnya yang tak perform tu tak semestinya dorang tak study. Tapi yang perform tu komfem-komfem lah dorang study kan. heh


Monday, September 10, 2012

Versus by Hlovate

Siapa sini minat Hlovate? *angkat tangan* Yes aku memang minat Hlovate. Lepas aku kenal novel Hlovate ni, aku dah jarang baca novel-novel alaf 21. Aku suka gaya penulisan dia. Sempoi and nice.



First-first bukak novel ni,akan ada tulis.

Buat 'awak' yang mahu berubah.
Berubahlah walaupun payah.
Berubahlah ke arah hidup lebih mudah.
Hidup dan masa muda sekali cuma.
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?
May Allah bless.

And bout Minn dgn AO which is Ashraff Omar. Aku rase aku dah tulis sikit dulu. Malas lah nak tulis lagi. haha. Sweet lah sebab watak laki cool. Tak suka poyo-poyo. And like usual, watak pompuan dalam hlovate selalunya garang-garang, payah nak senyum. Cuma aku rase aA+bB dengan tunas lagi menarik. And bila ada part-part street tu, memang tak berapa paham lah kan. Skip je. haha. Antara conversation dalam novel tu. Minn nie mentor AO tuu.

"So..." Minn sekadar angkat bahu. "...where're u now?"
"Kat sini."
"Ha.Ha.Ha.' Sepatah-patah Minn ketawa tanpa perasaan sambil menjulingkan mata."Your project dah ada rough ideas?". Kening Minn terangkat sebelah.
"Err...I..." AO terkial-kial mencari kata. "You.. errrr.." "You tolong i brainstorming la. Payah la buat sengsorang. Tak dapat nak pusing. Beku je rasanya" Keluar jugak beban di kepala. Ustazah nie la... tengok orang macam nak telan!
"Mungkin boleh cuba tengok yg nie. Some of my projects yg dulu-dulu".
"Maybe boleh modify je." Mata AO bersinar-sinar.
"Over my dead body." Mata Minn mencerun.
"Hoo...joking..joking...."

Okay sampai sini saja. Nak tahu lagi dalam, kena lah beli buku dia okay? Jaga diri semua!